PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Wednesday, March 17, 2010

Program Semurni Harapan

SMK Kuala Ketil julung-julung kalinya telah mengadakan program Semurni Harapan khas iaitu bermula pada 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Program Semurni Harapan merupakan satu program yang diusahakan oleh pihak sekolah bagi memantapkan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab mereka terhadap pelbagai pihak umumnya kepada ibu bapa, sekolah dan persekitaran mereka. Pembaikan tingkahlaku bermula dengan kesedaran tersebut yang dijana melalui proses pemikiran yang sihat dan murni. Ianya juga bertujuan untuk memantapkan lagi diri para pelajar baik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga sahsiah demi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang serta selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Program ini diharap dapat diteruskan sepanjang tahun bagi memastikan keberkesanan dan objektifnya tercapai.
Program ini adalah bertujuan untuk mencapai kepada pembentukan tingkahlaku pelajar yang positif dalam menyumbang kepada pembangunan akademik, kokurikulum, pembaikan sahsiah dan pertumbuhan kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul sebagai pelajar dan tangguingjawab kepada keluarga.
Pada akhir program ini telah diadakan majlis ikrar pelajar yang berisiko ini untuk memperbaiki tingkah laku mereka dan berjanji untuk berusaha mencapai kecemerlangan diri baik dari segi sahsiah mahupun dari segi intelektual.

No comments:

Post a Comment