PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Sunday, May 16, 2010

Majlis Jaya Waris Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas

Pihak sekolah sangat mengambil berat tentang kecemerlangan akademik semua pelajar-pelajarnya terutama pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu PMR, SPM dan STPM hujung tahun ini nanti. Oleh itu, pihak sekolah telah berusaha untuk menganjurkan program jaya waris bagi memberi maklumat kepada para waris tentang prestasi akademik anak-anak mereka dan juga program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan lagi prestasi akademik mereka. Semoga dengan kehadiran para waris dapat merapatkan lagi hubungan waris dengan pentadbir sekolah dan para guru dan memantapkan lagi kerjasama antara mereka.Gambar di atas adalah program jaya waris bagi tingkatan 3 yang telah diadakan pada 6 Februari 2010. Di dalam program ini telah diadakan acara ikrar pelajar oleh semua pelajar tingkatan 3 yang diketuai oleh Zulfadzli , pengawas tingkatan 3. Pelajar-pelajar juga telah menulis surat akujanji untuk belajar dengan bersungguh di hadapan guru dan ibubapa mereka masing-masing. Mereka juga diminta mengisi borang target mereka untuk peperiksaan PMR yang akan datang.
Berikut adalah Program Jaya Waris Tingkatan 5
Bagi program jaya waris pelajar tingkatan 5, ianya telah diadakan pada 28 Mac 2010. Sambutan daripada waris adalah menggalakkan dan semoga dengan kerjasama yang diberikan dapat meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar di masa akan datang.

Program Jaya Waris Tingkatan Pra U2
Program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini juga mendapat sambutan dari pihak waris. Kami mendoakan semoga pelajar-pelajar ini akan cemerlang bukan sahaja dari segi akademik bahkan juga dari segi sahsiah supaya dapat menjadi pemimpin yang akan menerajui negara di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment