PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Sunday, May 16, 2010

Mesyuarat Agung PIBG SMK Kuala Ketil kali ke-30

Mesyuarat Agung PIBG SMK Kuala Ketil kali ke-30 telah diadakan pada 4 April 2010 di dewan A pada pukul 10.30 pagi. Kehadiran para waris adalah menggalakkan dan dengan kehadiran mereka menunjukkan keperihatinan mereka terhadap aktiviti sekolah seterusnya ke arah kecemerlangan anak-anak mereka.


Mesyuarat ini diserikan lagi dengan kehadiran En. Anas bin Suray, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPGM Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam. Beliau telah memberikan ceramah motivasi yang sangat memberi kesan kepada para waris dan guru-guru dan seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung SMK Kuala Ketil kali ke-30 ini.



Di dalam ceramah yang telah disampaikan, beliau menyentuh tentang peranan ibubapa bagi menjamin kecemerlangan anak-anak bermula dari peringkat kanak-kanak hinggalah peringkat remaja. Ibubapa berperananan bagi membentuk peribadi anak-anak, mengawal pengaruh sosial dan membekalkan diri anak-anak tentang keremajaan, disiplin dan membina hubungan anak-anak.

Peranan guru juga adalah untuk membimbing manusia supaya menjadi manusia yang mempunyai nila-nilai kemanusiaan yang tinggi, manusia yang ada pekerti dan tanggungjawab dan membuang nilai-nilai kebinatangan.

Setelah selesai ceramah motivasi yang berlangsung kira-kira 1 jam, mesyuarat PIBG pun dimulakan dengan dipengerusikan oleh YDP PIBG, En Wan Mohd Ghazali bin Wan Abdullah.


Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-29, pembentangan laporan kegiatan PIBG sesi 2009/2010 dan pembentangan dan pengesahan penyata kewangan PIBG sesi 200/2010. Ahli-ahli mesyuarat juga telah membahaskan usul-usul yang diketengahkan oleh para waris dan guru-guru. Setelah itu, telah diadakan pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2010/2011 serta diikuti dengan ucapan penangguhan oleh YDP PIBG, En. Wan Mohd. Ghazali bin Wan Abdullah yang telah dikekalkan jawatannya. Secara keseluruhannya, mesyuarat PIBG ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.















No comments:

Post a Comment