PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Sunday, January 9, 2011

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4




Pada 3 Januari 2011 telah diadakan program orientasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4. Terlebih dahulu diucapkan selamat datang ke SMK Kuala Ketil kepada pelajar Tingkatan 1 yang pertama kali melangkah ke alam sekolah menengah setelah enam tahun menempuh alam persekolahan di sekolah rendah. Banyak pengalaman yang akan ditimba apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan di sekolah menengah ini. Diharap pelajar tingkatan 1 dapat menimba ilmu dengan sebaik mungkin supaya dapat menyediakan diri ke alam remaja hingga ke peringkat universiti nanti.

Berikut adalah gambar orientasi pelajar tingkatan 4. Ucapan tahniah kepada mereka kerana telah berjaya meningkatkan prestasi peperiksaan PMR 2010 yang lepas. Kini, mereka perlu bersiap sedia untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat menengah atas yang merupakan peringkat yang sangat penting bagi menentukan masa hadapan mereka nanti.

No comments:

Post a Comment