PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Sunday, January 9, 2011

PROGRAM KEMAHIRAN KOMPUTER LEPASAN SPM DAN STPM 2010



Program Kemahiran Komputer untuk pelajar lepasan SPM dan STPM telah diadakan dengan jayanya di makmal komputer SMK Kuala Ketil pada 21 Disember dan 22 Disember 2010. Program ini telah dihadiri oleh 31 orang peserta yang sangat berminat dan bersemangat untuk menimba ilmu yang sangat berguna untuk masa hadapan mereka.

Di sepanjang program ini pelajar telah didedahkan tentang asas Microsoft Word 2007, Microsoft Excel 2007, Microsoft PowerPoint 2007 dan asas internet. Mereka telah dibimbing oleh Pn. Siti 'Aishah bt Sopian (Guru Penyelaras Bestari Sekolah), Pn. Siti Mariam bt Ariffin (Fasilitator SchoolNet Sekolah) dan dibantu oleh fasilitator-fasilitator dari sekolah-sekolah dalam daerah Baling/Sik.



No comments:

Post a Comment