PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Monday, March 7, 2011

Program Jaya Waris dan Mesyuarat PIBG kali ke 31








Program Jaya Waris dan Mesyuarat PIBG kali ke 31 telah diadakan pada hari Selasa 1 Mac 2011.
Program ini telah dimulai dengan Program Jaya Waris di mana para waris berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing untuk mengetahui perkembangan akademik dan sahsiah anak mereka.
Pada pukul 11.00 pagi, sesi taklimat Program Nilam telah disampaikan oleh En. Wan Azman Wan Ngah, pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kuala Ketil kepada waris pelajar Peralihan, Tingkatan 1 dan 4 di bilik Audio Visual A.
Kemudian pada pukul 12.40 tengah hari, Mesyuarat PIBG dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh En. Zuraidi bin Abdul Rahim, Pengerusi Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Negeri Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi GPMS Malaysia.
Mesyuara ini telah dijalankan dengan jayanya dan majlis bersurai pada pukul 3.00 petang.

No comments:

Post a Comment