Bagi memastikan pelajar SMK Kuala Ketil peka dengan keselamatan diri dan harta benda di sekolah, pihak sekolah telah mengadakan latihan kebakaran yang diadakan di dataran perhimpunan.
Dalam latihan ini, semua pelajar telah didedahkan cara-cara yang terbaik untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan. Pelajar juga ditunjukkan cara-cara menggunakan alat pemadam api.
Apa yang menariknya pelajar sendiri diminta memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api dengan bantuan guru.
No comments:
Post a Comment