PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Sunday, July 17, 2011

CERAMAH ISRA' MIKRAJ


Pada 2 Julai 2011, satu ceramah agama sempena Isra' Mikraj telah diadakan di dewan A SMK Kuala Ketil. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz FathurRahman bin Harun. Di dalam ceramah yang disampaikan , banyak pengajaran yang boleh diambil untuk meningkatkan diri sebagai Muslim sejati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Peristiwa Isra' Mikraj merupakan satu peristiwa yang sangat penting di samping menghiburkan Rasulullah SAW di atas kemangkatan isteri baginda yang tercinta Saiyidatina Khadijah bt Khuwailid dan bapa saudara baginda Abu Talib. Peristiwa ini juga sebagai permulaan syariat solat 5 waktu yang diwajibkan ke atas semua umat Islam.
Ustaz FathurRahman juga mengingatkan semua pelajar Islam supaya jangan sekali-kali meninggalkan solat kerana solatlah yang dapat menghubungkan diri kita secara langsung dengan Allah SWT. Semoga Allah akan melimpahkan rahmatNya yang tidak terhingga kepada seluruh warga SMK Kuala Ketil yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment