PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Sunday, July 3, 2011

PERTUKARAN 2 ORANG LAGI GURU SMKKK




Amatlah menyedihkan kerana warga SMK Kuala Ketil terpaksa berpisah dengan dua orang guru lagi. Guru yang dimaksudkan itu adalah Cikgu Hamzah bin Abdul, iaitu guru Pendidikan Khas yang sangat berkaliber dan disayangi oleh anak-anak muridnya. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Pendidikan Khas dan telah diarahkan bertugas di SMK Dulang, Yan, Kedah.

Guru yang kedua ialah Cikgu Fauziah binti Makhtar iaitu guru Pengajian Perniagaan dan Ekonomi Asas. Beliau telah bertugas di sekolah ini selama 2 tahun dan pertukaran beliau adalah permintaan sendiri iaitu kerana mengikut suaminya.

Jasa kedua-dua orang guru ini akan dikenang selalu dan semoga mereka sentiasa mendapat kejayaan di tempat baru.

No comments:

Post a Comment