PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Sunday, October 16, 2011

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform




Pada 29 September 2011, SMK Kuala Ketil telah berjaya menjalankan aktiviti Perkhemahan Perdana Badan Beruniform . Perkhemahan Perdana ini telah diadakan di Pulau Pendidikan, Tasik Temenggor, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan bermula dari 29 September hingga 1 Oktober 2011. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kokurikulum SMK Kuala Ketil dan telah dihadiri oleh pelajar-pelajar unit beruniform dan guru-guru pengiring.



Bas telah bertolak dari SMK Kuala Ketil ke Jetty Trojan, Tasik Temenggor pada pukul 2.30 petang Khamis 29 September dan sampai ke Pulau Pendidikan kira-kira pukul 4.00 petang. Setelah sampai ke destinasi yang dituju, para peserta telah diberi taklimat mengemas barang, dan pengurusan diri serta solat. Pada sebelah malamnya telah diadakan LDK 1, ice breaking dan pembentukan kumpulan.

Aktiviti pada keesokan harinya ialah senaman pagi, perbarisan, jungle trekking, repelling, flying fox dan aktiviti lasak. Pada sebelah petang pula telah diadakan aktiviti keyakinan di air dan pada sebelah malam LDK 2 iaitu persembahan kumpulan.



Untuk hari ketiga, selepas aktiviti senaman pagi, peserta telah diberi taklimat mengenai pengurusan folio dan refleksi penilaian program. Program berakhir dengan majlis penutup.
















Para peserta bertolak pulang pada pukul 2.00
petang dan sampai ke SMK Kuala Ketil kira-kira pukul 6.00 petang.

No comments:

Post a Comment