PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Tuesday, February 28, 2012

Kursus LDP Guru- Kejurulatihan Sukan


Pada 18 Februari yang lepas, iaitu pada hari Sabtu telah diadakan kursus LDP untuk guru berkenaan teknik dan peraturan sukan permainan dan olahraga. Kursus ini telah bermula seawal 8.00 pagi. Guru-guru telah diberi taklimat mengenai perjalanan kursus tersebut.



Guru-guru telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan akan beredar mengikut stesen-stesen yang disediakan di padang sekolah. Stesen-stesen tersebut adalah stesen lompat tinggi, lompat jauh/lompat kijang, lempar cakera, jalan kaki, relay - permulaan 200m, rejam lembing dan lontar peluru.


Banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh para jurulatih sekolah terhadap guru-guru untuk dimanfaatkan khususnya semasa acara latihan dan sukan sekolah. Terimakasih kepada semua urusetia yang terlibat dan juga para jurulatih.

No comments:

Post a Comment