PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Tuesday, February 14, 2012

Majlis Maulidur Rasul




Pada 11 Februari 2012 yang lepas, pihak sekolah telah menganjurkan satu majlis Maulidur Rasul sebagai memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW.



Majlis ini telah dimulai dengan selawat atas nabi yang diketuai oleh beberapa orang pelajar PraU. Kemudian, majlis diteruskan dengan ceramah maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ust. Mohd Isa bin Abdul Hamid dari Yayasan Khairiah. Melalui ceramah ini, beliau telah mengingatkan semua pelajar supaya sentiasa berselawat dan salam ke atas baginda nabi Muhammad SAW dan sentiasa mengikut sunnahnya.

















Akhirnya, majlis ini telah dimeriahkan lagi oleh persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Zhafran. Mereka telah mempersembahkan beberapa buah lagu nasyid dari album mereka dengan diselangselikan dengan kuiz. Pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz telah diberikan cenderahati oleh kumpulan Zhafran termasukan kaset album nasyid mereka.

Semua pejar dan guru merasa sangat seronok dan banyak pengajaran yang didapati daripada ceramah ustaz dan hiburan dari kumpulan Zhafran tersebut.



video

No comments:

Post a Comment