PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Monday, July 16, 2012

Cakna Jaya Waris

Sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar SMK Kuala Ketil, pihak pentadbir dan pengurusan telah menganjurkan satu lagi program interaksi bersama waris bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 pada 8 Julai 2012. Sambutan para waris adalah amat menggalakkan di mana para waris telah diberi penerangan oleh pengetua tentang program-program sekolah yang telah, sedang dan akan dibuat oleh pihak pengurusan peningkatan akademik bagi meningkat prestasi dan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan awam bagi tahun ini.
Kemudian, pihak waris telah berjumpa sendiri dengan guru-guru kelas anak-anak masing-masing untuk berbincang secara individu tentang permasalahan anak mereka di sekolah dan bagaimana meningkatkan akademik anak-anak mereka.



No comments:

Post a Comment