Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.
Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.
Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini, berfokus kepada kaedah pendidikan berasaskan Internet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. | |
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications menyediakan Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog Virtual Learning Environment yang efektif ke semua sekolah di seluruh Malaysia. | |
Kaedah bersepadu ini akan diaplikasikan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Nantikan kehadirannya di sekolah anda tidak lama lagi! | |
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet dikalangan masyarakat, 1BestariNet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini. |
Apakah VLE?
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan
ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran
Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai
pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan
konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan
menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja
sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibubapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh
mengemaskini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE
boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
Di bawah
1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran
dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang
boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian
Internet.
No comments:
Post a Comment