PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!

SMK Kuala Ketil akan mengadakan hari Kejohanan Sukan ke 49 pada 4 Julai 2013. Semua dijemput hadir.

Monday, October 8, 2012

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PMR 2012

Hari ini bermulalah pelajar-pelajar tingkatan 3 menjalani peperiksaan PMR setelah berhempas pulas selama beberapa minggu mengikuti gerak gempur PMR. Semua ini dijalankan adalah inisiatif pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi pelajar untuk peperiksaan kali ini. Diharap pelajar dapat bersabar dan menjawab semua soalan dengan tenang. Pihak sekolah mengharapkan kejayaan semua pelajar di dalam peperiksaan ini. Di bawah adalah sekitar gambar pecutan akhir yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk pelajar iaitu Bengkel Pecutan Akhir B. Inggeris yang diadakan pada hari Khamis dan Ahad yang lepas. Kemudian pihak sekolah telah mengadakan majlis bacaan Yaasin dan majlis halal ilmu. Semuanya bagi mendoakan kejayaan pelajar di sekolah ini. Semoga mereka beroleh kejayaan. Amin!!!

GAMBAR BENGKEL PECUTAN AKHIR B. INGGERIS




MAJLIS BACAAN YAASIN DAN HALAL ILMU


No comments:

Post a Comment