KEM SURVIVAL DNA SIRI II
Tarikh : 13 hingga 15 Februari 2020
Hari : Khamis hingga Sabtu
Tempat : Teluk Nipah, Kuala Muda
Anjuran : Unit Dakwah & Kerohanian dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam
PENDAHULUAN
Sebahagian besar pelajar SMK Kuala Ketil dikesan masih lemah dalam pengurusan diri mengikut peraturan syariat Islam di samping penguasaan yang rendah dalam hal fardu ain terutama yang berkaitan dengan solat. Selain itu, mereka juga dilihat masih kurang berupaya menangani urusan hidup seharian. Bagi menangani situasi ini, Unit Dakwah dan Kerohanian SMK Kuala Ketil mengambil inisiatif untuk mengadakan sebuah lagi kem pengurusan diri yang disasarkan mencakupi perintah syariat Islam dan kemahiran hidup duniawi. Kem ini dinamakan Kem Survival DNA siri II di mana akronim tersebut bermaksud dunia dan akhirat. Adalah diharapkan melalui kem ini pelajar dapat diasuh untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan syariat dengan sempurna.
OBJEKTIF
1. Memantapkan diri pelajar dengan ibadat-ibadat fardu seperti berwuduk, solat, beristinjak dan amalan sunat seperti berzikir, membaca al-Quran, berqiyamullail serta ibadat-ibadat umum yang lain.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar melakukan ibadat secara praktikal.
3. Melatih pelajar konsisten dalam melakukan amalan wajib dan sunat.
4. Melatih survival pelajar dalam kehidupan harian.
KUMPULAN SASARAN
80 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 1, 2 dan 3

No comments:
Post a Comment