PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!


1. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi warga SMK Kuala Ketil yang berketurunan Cina.
"Selamat Bercuti!!!"

Friday, April 26, 2013

Tahniah SMKKK!!!

       Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Kuala Ketil, guru-guru dan pelajar yang telah sama-sama berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik di sekolah ini. Sekolah ini telah berjaya mendapat Anugerah Peningkatan Tertinggi SPM Sekolah Menengah Harian Tahun 2012 semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Negeri Kedah 2013.

       Semoga dengan penganugerahan ini dapat meningkatkan lagi motivasi pelajar dan guru untuk lebih berusaha bagi meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar untuk tahun ini, insyaAllah.


Majlis Persaraan Cikgu Ahmad bin Desa

       Pada 18 April yang lepas, satu majlis yang amat bermakna telah diadakan iaitu Majlis Persaraan Cikgu Ahmad bin Desa, kaunselor sekolah yang amat disayangi.

       Persaraan beliau merupakan satu kehilangan yang sangat besar bagi sekolah ini kerana beliaulah yang telah memberi banyak nasihat dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar malah kepada guru-guru di sini. Segala nasihat yang telah diberikan akan diingati oleh semua pelajar dan guru-guru.

      Dalam majlis persaraan tersebut, guru-guru telah menyediakan slideshow yang mengimbau kembali sejarah silam cikgu Ahmad dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke zaman dewasa dan seterusnya zaman kegemilangannya sehingga hari beliau bersara. Semua pengalaman itu akan menjadi pengajaran yang sangat berharga buat pelajar-pelajar dan guru-guru.

       Semoga cikgu Ahmad akan sentiasa sihat di hari-hari mendatang dan mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah.





Tuesday, February 5, 2013

Program My Beautiful Malaysia

Pada 31 Januari 2013, pihak sekolah telah melancarkan program My Beautiful Malaysia yang dilancarkan secara serentak di seluruh Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar dan guru-guru telah mengadakan gotong-royong membersihkan seluruh kawasan sekolah termasuk aktiviti menceriakan sekolah.


Mesyuarat PIBG 2013

Pada 3 Februari 2013 yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat PIBG bagi tahun 2013. Mesyuarat ini telah berlangsung di Dewan Terbuka SMK Kuala Ketil pada pukul 2.00 petang. Banyak isu-isu yang telah ditimbulkan dan dapat dijawab oleh AJK PIBG dengan baik.

Setelah itu, AJK PIBG yang baru telah dilantik. Semoga semua AJK tersebut dapat menjalankan amanah yang telah diberikan dengan ikhlas dan amanah.


Monday, February 4, 2013

Lawatan Penanda Aras ke KVSP1

Pada minggu lepas, pentadbir dan beberapa orang guru telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Vokasional Sungai Petani 1. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau bagaimana kolej tersebut mengaplikasikan konsep 5S di dalam seluruh pentadbiran dan kawasan sekolah.

Diharap sekolah ini juga dapat mengamalkan konsep 5S ini secara perlahan-lahan supaya pengurusan dan aktiviti sekolah dapat dilaksanakan secara sistematik.



BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100

Pada 30 Januari 2013, semua pelajar SMK Kuala Ketil menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100. Majlis ini telah dihadiri oleh En Abdul Azeez Abdul Rahim bagi mewakili pihak kerajaan untuk memberi bantuan ini. Terimakasih diucapkan.


Tuesday, January 1, 2013

Tahniah untuk pelajar PMR 2012!!!

Alhamdulillah keputusan peperiksaan PMR 2012 telah meningkat sebanyak 8.28%, iaitu hampir keseluruhan matapelajaran telah meningkat dari segi peratusnya, terutamanya subjek B. Inggeris telah meningkat sebanyak 11.9%.

Empat orang pelajar telah berjaya mendapat semua A dalam matapelajaran yang diambil iaitu Piriya a/p Subramaniam, Thum Chen, Kanaggeswary dan Ooi Siew Min.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar PMR 2012 di atas kejayaan kalian.