PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!


Selamat Bercuti kepada semua guru dan pelajar.

Sentiasa amalkan SOP bagi menghindari Virus Covid 19

Bermula hari Ahad 27 Februari 2022 sedang berlangsung Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2022.. Sila Patuhi Peraturan dan SOP ketika berada di kawasan sekolah

Sesi persekolahan akan bermula pada 21 Mac 2022

Wednesday, February 27, 2019

Lawatan Konsultasi TS25 SMK Parit Panjang

Pada 27 Februari 2019, Pihak sekolah telah menerima lawatan dari SMK Parit Panjang diketuai oleh Tuan Pengetua sekolah tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai Transformasi Sekolah TS25 bersama Tuan Pengetua, En Azman bin Abdullah.




Buletin SMK Parit Panjang

Wajah Baru KK1 - Sekolah Harapan Ibu bapa



Cetusan idea Tuan Pengetua bagi merealisasikan "KK1 - Sekolah Harapan Ibu Bapa"








MAJLIS PENGHARGAAN SUKAN MSSD BALING 2019

25 Februari 2019 - Majlis meraikan kemenangan SMK KUALA KETIL sebagai JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BALING 2019 telah diadakan di Dewan Terbuka Sekolah tanda penghargaan kepada semua yang terlibat.








Monday, February 25, 2019

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PDK KUALA KETIL

Program Khidmat Masyarakat bersama PDK Kuala Ketil kelolaan seluruh warga Unit Tingkatan 6 SMK Kuala Ketil. Hasil usaha guru tingkatan 6 berjaya menyumbang Water Cooler Penapis Air kepada PDK Kuala Ketil. Terima kasih kepada guru dan pelajar yang menjayakan usaha murni ini. Tidak dilupakan sokongan pentadbir dan kehadiran Pengetua Azman, Cikgu Saadiah dan Cikgu Nurhidayah mennyerikan lagi majlis ini.










Saturday, February 23, 2019

PLC Kreativiti Dalam PDPc Pengetua-Pengetua Daerah Baling Sik

Satu majlis perkongsian ilimu telah diadakan pada hari Sabtu, 23 Februari 2019 bertempat di Dewan SMK Baling. Majlis bertajuk "PLC Kreativiti Dalam PDPc Pengetua-Pengetua Daerah Baling Sik" dikelola oleh Tuan Pengetua SMK Kuala Ketil En. Azman bin Abdullah.






 

Friday, February 22, 2019

KEPUTUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BALING 2019

Sekalung tahniah kepada pasukan olahraga SMK Kuala Ketil kerana telah menjadi johan keseluruhan  Kejohanan Olahraga MSSD Baling 2019 buat kali ke-24  Kejohanan tersebut telah diadakan pada 18.02.2019 hingga21.02.2019 dimana Pasukan sekolah telah membawa pulang 17 emas 7 perak 6 gangsa. Lebih membanggakan apabila salah seorang atlet iaitu 
Lim Yu Han telah merangkul gelaran Olahragawan MSSD Baling dengan memecah rekod acara Lompat Kijang dan emas acara lompat jauh dan lompat tinggi. Terima kasih diucapkan kepada PK KOKO dan guru-guru telibat serta para atlet sekolah kerana usaha anda telah membuahkan hasil. 
TAHNIAH!!

Jumlah kutipan pingat keseluruhan

Pengetua bersama pasukan sekolah

PK KOKO bersama Olahragawan MSSD Baling 2019

Semangat berpasukan

Sebelum Pengumuman Kejohanan

Pengetua bersama rakan sejawat









Sunday, February 17, 2019

Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Bulan Pendidikan Pecegahan Dadah (PPDa)

Tarikh : 18 Februari 2019
Tempat : Dewan Terbuka SMK Kuala Ketil
Dirasmikan Oleh :  Pegawai Perhubungan IPD Baling





Kokurikulum



Adik Liyana Adlina telah terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri untuk sukan badminton bagi acara perseorangan dan beregu