PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!


Selamat Bercuti kepada semua guru dan pelajar.

Sentiasa amalkan SOP bagi menghindari Virus Covid 19

Bermula hari Ahad 27 Februari 2022 sedang berlangsung Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2022.. Sila Patuhi Peraturan dan SOP ketika berada di kawasan sekolah

Sesi persekolahan akan bermula pada 21 Mac 2022

About Us

Nama Sekolah : SMK Kuala Ketil
Alamat              : SMK Kuala Ketil, Jalan Batu Pekaka
                            09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman
Email                 : kee0038@moe.edu.my
Kod Sekolah     : KEE0038
No Tel               : 011-65735255 


LATAR BELAKANG SMK KUALA KETIL

SEJARAH

SMK Kuala Ketil adalah sebuah sekolah gred A dan dikategorikan sekolah luar Bandar. Ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Batu Pekaka, Kuala Ketil. Ia dibina di atas tanah seluas 9.5 ekar di mana, sejarah asalnya tapak sekolah merupakan tapak landasan kapalterbang di zaman tentera Jepun dahulu. Penggal persekolahan pertamanya bermula pada 10 Januari 1965 dengan 297 orang pelajar dan 17 orang guru. SMK Kuala Ketil telah dirasmikan oleh YB Tun Hj. Abdul Razak b. Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran pada ketika itu pada 26 Januari 1968.

Berasal daripada 2 blok bangungan 2 tingkat yang dibina pada tahun 1966,kini SMK Kuala Ketil yang terletak di Batu Pekaka Kuala Ketil telah mempunyai 9 blok bangunan bilik darjah, 6 makmal sains, 2 makmal pendidikan seni, 1 bangunan makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan 2 makmal ERT. Bilangan pelajar di sekolah ini telah mencecah 736 orang berserta 85 orang guru dan 12 staf sokongan. Sesi persekolahan hanyalah pada waktu pagi.


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera




MISI

Melestarikan
Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara





LENCANA SEKOLAH







REKA BENTUK


Pada lencana tersebut terdapat dua ekor burung pekaka yang saling sandar-menyandar yang  mempunyai kaitan dengan nama tempat sekolah didirikan.

Burung pekaka yang sandar-menyandar juga menggambarkan semangat kerjasama    semua
pihak di sekolah ini untuk mencapai kejayaan.

Dua tangkai padi menggambarkan SMKKK terletak di negeri Kedah Darul Aman yang terkenal sebagai Jelapang Padi di Malaysia. 

Di tengah-tengah lencana ini terdapat obor yang melambangkan semangat belajar pelajar-pelajar SMKKK sentiasa membara. Obor juga melambangkan semangat kesukanan yang tinggi.
 
Moto lencana berbunyi “Berdikari Dengan Semajaya” yang membawa erti pelajar sekolah ini berusaha sendiri dengan penuh keyakinan demi mengejar kejayaan.

‘Semajaya’ ialah ilham dari moto lencana sekolah dengan membawa maksud ‘Semangat Ingin Berjaya’.


Terdapat empat warna di dalam lencana ini iaitu warna biru, merah, kuning dan putih.

WARNA BIRU             -        melambangkan perpaduan yang terdapat di sekolah ini

WARNA MERAH         -        melambangkan semangat membara untuk belajar dan 
                                             mengejar kejayaan dan menggambarkan semangat berani
                                              pelajar-pelajar di sekolah ini yang sanggup berhadapan 
                                             segala cabaran

WARNA PUTIH            -       menggambarkan kesucian dan sifat kejujuran 
                                             pelajar-pelajar.

WARNA KUNING         -       melambangkan kedaulatan raja




    SENARAI PENGETUA

Senarai Pengetua
1.         1965 – 1966                        En. David Raman
2.         1967 – Mei 1978                 En. V. P. Olivero
3.         Mei 1967 – Sept. 1981        En. Khalid bin Makhtar
4.         Jan 1983 – Nov. 1983         En. Ismail bin Osman
5.         Jan 1984 – Jun 1989           En. G. Raja Gopal
6.         Jul. 1989 – Sept. 1993        En. Endut bin Tam
7.         Okt. 1993 – Feb. 1995         En. Ramli bin Ariffin
8.         Feb. 1995 – Feb. 1997        En. M. Krishnan
9.         Feb. 1997 – Mac 1998        Hjh. Yangchek bt. Minhat
10.       Mac 1998 – Jun 2001          En. S. Mangalanathan
11.       Jul. 2001 – Jul. 2003            En. Chow Lai Hing
12.       Sept. 2003 – Mei 2005        Tn. Hj. Mansor b. Lebai Habib
13.       Mei 2005 - 2011                   Pn. Rohayah bt. Johari
14.       2011-2012                            Pn. Fatimah Hani bt. Said
15.       2012-2016                            En. Ideris bin Abdul Rahim
16.       2016-Dis 2018                      En. Ab Malek bin Sulaiman
17.       Dis 2018- jun 2020               En. Azman bin Abdullah
18.       Jun 2020- Dis 2020              En. Zulkifli bin Abdul Ghaffar
19.       Dis 2020 -                             Pn. Ruhil Hayati binti Abd Ghani


2.8 MAKLUMAT GURU/STAF AKADEMIK


Jantina
M
C
I
L
Jumlah
Lelaki
26
1
3
-
30
Perempuan
39
9
7
1
55
Jumlah
66
10
11
1
85










            STAF SOKONGAN

Jawatan
Gred
Bilangan
Jumlah
Lelaki
Perempuan
Ketua Pembantu Tadbir
N22
1

1
Pembantu Tadbir
N19

1
1
Juruteknik
FT19
1

1
Pembantu Makmal
C19
1
2
3
Pembantu Peng Murid
N19
1
3
4
Pembantu Am Pejabat
N14

1
1
Pembantu Am Pejabat
N11
1

1
Jumlah


12