PENGUMUMAN TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI!!


Selamat Bercuti kepada semua guru dan pelajar.

Sentiasa amalkan SOP bagi menghindari Virus Covid 19

Bermula hari Ahad 27 Februari 2022 sedang berlangsung Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2022.. Sila Patuhi Peraturan dan SOP ketika berada di kawasan sekolah

Sesi persekolahan akan bermula pada 21 Mac 2022

Friday, February 28, 2020

Tuesday, February 25, 2020

EKSPEDISI GUA SIREH UNIT RELA TINGKATAN 6 - 17 FEBRUARI 2020










PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM 2020 - 25 FEBRUARI 2020


SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PARA PELAJAR KERANA LULUS DAN BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN STPM 2019.

"Tahniah dan tkasih sy ucap bg pihak pgurusan skolah pada semua guru tg6 atas kejayaan yg dicapai.semua hasil kerja keras dan fokus thd tugas.Teruskan komitmen tinggi tuan2 utk kecemerlangan seterusnya.Tahniah cg selvam n team"
-PENGETUA SMKKK-



 


Lau Li Cheng - Pelajar Terbaik STPM 3 A 1 B+

Nur Anis Syafika - Pelajar Ke2 Terbaik STPM 2A 1A- 1 B+

N. Wisanthany - Pelajar Ke3 Terbaik STPM 3A- 1B+ 

PROGRAM PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM- PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAAT SEKOLAH - 17 FEBRUARI 2020









Perasmian program Amalan Terbaik Bidang Kemanusiaan - 22 Februari 2020












KEM SURVIVAL DNA SIRI II

KEM SURVIVAL DNA SIRI II

Tarikh    : 13 hingga 15 Februari 2020
Hari    : Khamis hingga Sabtu
Tempat    : Teluk Nipah, Kuala Muda
Anjuran    : Unit Dakwah & Kerohanian dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam

PENDAHULUAN

Sebahagian besar pelajar SMK Kuala Ketil dikesan masih lemah dalam pengurusan diri mengikut peraturan syariat Islam di samping penguasaan yang rendah dalam hal fardu ain terutama yang berkaitan dengan solat. Selain itu, mereka juga dilihat masih kurang berupaya menangani urusan hidup seharian. Bagi menangani situasi ini, Unit Dakwah dan Kerohanian SMK Kuala Ketil mengambil inisiatif untuk mengadakan sebuah lagi kem pengurusan diri yang disasarkan mencakupi perintah syariat Islam dan kemahiran hidup duniawi. Kem ini dinamakan Kem Survival DNA siri II di mana akronim tersebut bermaksud dunia dan akhirat. Adalah diharapkan melalui kem ini pelajar dapat diasuh untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan syariat dengan sempurna.

OBJEKTIF

1.  Memantapkan diri pelajar dengan ibadat-ibadat fardu seperti berwuduk, solat, beristinjak dan amalan sunat seperti berzikir, membaca al-Quran, berqiyamullail serta ibadat-ibadat umum yang lain.
2.  Memberi pendedahan kepada pelajar melakukan ibadat secara praktikal.
3.  Melatih pelajar konsisten dalam melakukan amalan wajib dan sunat.
4.  Melatih survival pelajar dalam kehidupan harian.


KUMPULAN SASARAN

80 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 1, 2 dan 3